Tolong Menolong

Ustaz Musa okey tak? …Saya okey
Terima kasih banyak-banyak…Oh sama-sama!
Mari saya tolong pasang …Tayar ini
Pasang bersama sama…Wah! Dah siap!
[chorus]
Mari semua
tolong menolong
Gembira sama-sama
Alhamdulillah

Mari saya tolong awak…Anak burung
Chip chip chip… chip chip chip chip…
Wah pandainya!
Mari saya tolong awak…Anak burung
Chip chip chip… chip chip chip chip..
Alhamdulillah

[chorus]
Mari semua
tolong menolong
Gembira sama-sama
Alhamdulillah

Mari kami tolong angkat…Buah ini
Kutip sana , kutip sini…Wah banyaknya!
Mari ustaz tolong juga…Tarik…tolak
Bila bekerjasama…Oh ringannya!

[chorus]
Mari semua
tolong menolong
Gembira sama-sama
Alhamdulillah… Alhamdulillah~

Sayangi Anak Yatim

Saya rindu pada
Kedua ibu ayah
Yang sentiasa menjaga saya

Ibu yang penyayang
Ayah yang periang

Namun kini hanya doa
Yang mampu saya kirimkan

Oh Sufi bergembiralah
Jangan sedih
Kami sayangkan Sufi
Sayang Sufi

Kami ada disini
Untuk temankan Sufi

Sufi jangan sedih
Kami ada disini
Akan setia menemani

Sufi tidak seorang
Kami semua sayang
Ibu ayah Sufi pun sayang

Mari kita bersama-sama
Kirimkan doa pada mereka

Oh Sufi bergembiralah
Jangan sedih

Mak cik dan pak cik ada,
Kita keluarga

Kami ada disini
Untuk menjaga Sufi

Insya-Allah

Bila kita nak berjanji
Mari ucapkan Insya-Allah
Kerana kita tak pasti
Janji kita akan ditepati
Papa sedang berusaha
untuk baiki paip segera

Papa kena baiki
cepat-cepat baiki
Boleh main layang-layang nanti

Ucap Insya-Allah
Ucap Insya-Allah
Perlu berusaha menepati janji
Kita merancang Allah yang menentukan
Mari ucap insya-Allah

Omarkan sudah berjanji
Serta ucapkan Insya-Allah
Perlu usaha tepati
Janji yang telah diberi tadi
Mari Omar mari sini
Sudah jangan bermain lagi

Saya dah berhenti
Dan tidak main lagi
Maaf saya tak buat lagi

Ucap Insya-Allah
Ucap Insya-Allah
Perlu berusaha menepati janji
Kita merancang Allah yang menentukan
Mari ucap Insya-Allah
Mari ucap Insya-Allah
Mari ucap Insya-Allah

Berbaik Dengan Jiran

Mari buat baik kepada jiran
Jiran yang kiri dan juga kanan
Jiran yang belakang dan juga depan
Semua pun jiran

Assalamualaikum Ustaz Musa
Waalaikumussalam semua
Kami bawa buah dari Mama
Wah! Terima kasih

Mari semua!
“Eh”?
Mari pergi melawat Pakcik Yahya
“Pakcik Yahya?”
Kerana Pakcik Yahya tidak sihat
“Yeke?”
Mari Marilah Ustaz
Kita pergi sekarang
Nanti dulu Omar & Hana

“Kenapa?”
Ustaz nak bawa
Makanan untuk mereka

Kita berbaik dengan jiran
Berbaik dengan semua
Allah sayang kita

Mari buat baik kepada jiran
Jiran yang kiri dan juga kanan
Jiran belakang dan juga depan
Semua pun jiran

Assalamualaikum Makcik Huda
Waalaikumusalam semua
Kami ada buah untuk Pakcik Yahya
Dan Makcik Huda

Pakcik Yahya!
“Eh?”
Makanlah buah ini untuk sihat
“Terima Kasih”
Bila perut kenyang badan pun kuat
“Wah!”
Pakcik silakan minum
Pakcik silakan makan
Nanti dulu Omar Hana

“Kenapa?”
Potongkan dulu
Barulah mudah dimakan

Kita berbaik dengan jiran
Berbaik dengan semua
Allah sayang kita

Mari Berusaha

Mama papa lihatlah
Kami sudah usaha
Tapi tak mudah
“Ugh!”
Ianya susah
“Ouch!”
Kami tak boleh

Omar Hana sabarlah
Jangan berputus asa
Terus usaha
Kita berdoa
Pasti berjaya

Mari mama tolong
Bangunlah berdiri
Mari papa tolong
Meluncur ke depan

Jika kita terus sabar
Tidak mudah putus asa
Pasti Allah akan suka
Kita juga gembira

Mama papa lihatlah
Kami hampir berjaya
Sungguh gembira
“Wow”
Riang rasanya
“Ark!?”
Takkan putus asa

Alhamdulillah bagusnya
Omar hana gembira
Bila berusaha
Tak putus asa
Kita berjaya

Mari mama tolong
Bangunlah berdiri
Mari papa tolong
Meluncur ke depan

Jika kita terus sabar
Tidak mudah putus asa
Pasti Allah akan suka
Kita juga gembira

Mama papa lihatlah
Kami sudah berjaya
Sungguh gembira
“Wah~”
Riang rasanya
“Uuu~!”
Tidak putus asa

Alhamdulillah bagusnya
Omar hana gembira
Bila berusaha
Tak putus asa
Kita berjaya

Hormati Yang Tua

Subhanallah wah cantiknya
Kampung halaman
Tak sabarnya,
oh rindunya
Kepada atuk nenek

Wahai Omar dan Hana
Salam Atuk Nenek
Mari hormat atuk nenek
Jaga adab kita

Hormat pada
Yang lebih tua
Bersopan santun, ikut kata
Allah sayang kita

Wah seronok kita bermain
Di kampung halaman
Berlari-lari,
sini sana
Lari sama-sama

Wahai Omar dan Hana
Sabarlah dahulu
Hormat dan dengar kata Papa
Tak elok mengganggu

Hormat pada
Yang lebih tua
Bersopan santun, ikut kata
Allah sayang kita

Wah seronok makan bersama
Di kampung halaman
Bersama atuk
juga nenek
Sedapnya makanan

Wahai Omar dan Hana
Jangan makan dulu
Utamakan yang lebih tua
Sabarlah menunggu

Hormat pada
Yang lebih tua
Bersopan santun, ikut kata
Allah sayang kita
Bersopan santun, ikut kata
Allah sayang kita

Kami Suka Kucing

Kucing minum susu..
Susu..
Susu!
Kucing makan ikan..
Ikan..
Ikan~
Melompat dan bermain
Aktif dan riang
Bila kita sayang kucing
Dapat pahala

Kami suka kucing
Kucing sangat comel
Manja dan ceria
Kami jaga kucing
Sama-sama gembira

Mimi takut air..
Air..
Ooo
Air..
Mrew!
Mimi suka lari..
Lari..
Lari..
Mimi!
Melompat dan bermain
Aktif dan riang
Bila kita sayang kucing
Dapat pahala

Kami suka kucing
Kucing sangat comel
Manja dan ceria
Kami jaga kucing
Sama-sama gembira
Kami suka kucing
Kucing sangat comel
Manja dan ceria
Kami jaga kucing
Sama-sama gembira
Sama-sama gembira

Tolong Mama Papa

Saya tolong Mama
Saya tolong Papa
Tolong sama-sama
Alhamdulillah seronoknya

Ambil…
Ambil…
Beri kepada Mama
Ambil…
Ambil…
Beri kepada Papa

Saya tolong Mama
Saya tolong Papa
Tolong sama-sama
Alhamdulillah seronoknya

Angkat…
Angkat…
Angkat sama-sama

Simpan…
Simpan…
Simpan ditempatnya

Saya tolong Papa
Terima kasih Omar
Kemas sama-sama
Alhamdulillah seronoknya

Sapu…
Sapu…
Bersihkan semua
Sapu sama-sama

Saya tolong Mama
Terima kasih Hana
masak sama-sama
Alhamdulillah seronoknya

Hias…
Hias…
Wah sungguh cantiknya
Sedap…
Sedap…
Makan sama-sama

Mari Berkebun

Tanam benih
Tanam benih
Siram air
Siram air
Letak baja
Letak baja
Dah selesai
Dah selesai
Siapa yang menanam pasti ada hasilnya

Petik petik
Petik petik
Kutip kutip
Kutip kutip
Masuk bakul
Masuk bakul
Boleh makan
Boleh makan
Siapa yang menanam pasti ada hasilnya

Terima kasih
Terima kasih
Kepada Allah
Kepada Allah
Atas rezeki
Atas rezeki
Yang diberi
Yang diberi

buah -buahan
Sayur-sayuran
Banyak tanaman
Diberi Allah
Alhamdulilllah

Siapa yang menanam pasti ada hasilnya
Siapa yang menanam pasti ada hasilnya~

Mari Ke Masjid

Marilah kita ke masjid bersama
Bersama
Marilah kita ke masjid bersama
Bersama
Kita solat sama-sama
Kita doa sama-sama
Syukur kepada Allah
Alhamdulillah

Marilah kita ke masjid bersama
Bersama
Marilah kita ke masjid bersama
Bersama
Kita duduk dan belajar
Hormat kepada semua
Beri salam dan senyum
Seronoknya

Marilah kita ke masjid bersama
Bersama
Marilah kita ke masjid bersama
Bersama
Kita jumpa kawan-kawan
Mari eratkan hubungan
Sayangkan masjid
Allah sayang kita

Marilah kita ke masjid bersama
Bersama
Marilah kita ke masjid bersama
Bersama
Kita solat sama-sama
Kita doa sama-sama
Syukur kepada Allah
Alhamdulillah