Berbaik Dengan Jiran

Mari buat baik kepada jiran
Jiran yang kiri dan juga kanan
Jiran yang belakang dan juga depan
Semua pun jiran

Assalamualaikum Ustaz Musa
Waalaikumussalam semua
Kami bawa buah dari Mama
Wah! Terima kasih

Mari semua!
“Eh”?
Mari pergi melawat Pakcik Yahya
“Pakcik Yahya?”
Kerana Pakcik Yahya tidak sihat
“Yeke?”
Mari Marilah Ustaz
Kita pergi sekarang
Nanti dulu Omar & Hana

“Kenapa?”
Ustaz nak bawa
Makanan untuk mereka

Kita berbaik dengan jiran
Berbaik dengan semua
Allah sayang kita

Mari buat baik kepada jiran
Jiran yang kiri dan juga kanan
Jiran belakang dan juga depan
Semua pun jiran

Assalamualaikum Makcik Huda
Waalaikumusalam semua
Kami ada buah untuk Pakcik Yahya
Dan Makcik Huda

Pakcik Yahya!
“Eh?”
Makanlah buah ini untuk sihat
“Terima Kasih”
Bila perut kenyang badan pun kuat
“Wah!”
Pakcik silakan minum
Pakcik silakan makan
Nanti dulu Omar Hana

“Kenapa?”
Potongkan dulu
Barulah mudah dimakan

Kita berbaik dengan jiran
Berbaik dengan semua
Allah sayang kita