Jom Jujur

Minta maaf Mama saya yang buat
Tapi mama Hana tak sengaja
Tidak mengapa Hana, Mama maafkan
Terima kasih beritahu Mama

Bagusnya Hana
Bagusnya Omar
Jujur sama – sama,
Jujur dengan semua
Jujurlah sentiasa

Nabi Muhammad orang yang jujur
Ramai yang percaya
Bila jujur
Allah sayang kita

Minta maaf Omar saya yang buat
Tapi Omar Indra tak sengaja
Tidak mengapa Indra saya maafkan
Terima kasih beritahu saya

Bagusnya Indra
Bagusnya Nuru
Jujur sama – sama,
Jujur dengan semua
Jujurlah sentiasa

Nabi Muhammad orang yang jujur
Ramai yang percaya
Bila jujur
Allah sayang kita

“Alhamdulillah~”

Orang Solat Hebat

Pada suatu masa dahulu
Ada seorang sahabat nabi yang hebat
Sangat penyayang, pemurah dan kuat
Abu Hurairah lelaki hebat

Abu Hurairah seorang yang hebat
Beliau rajin menunaikan solat

“Wah!”
Kami juga nak jadi hebat
Mari kita tunaikan solat

Pada suatu masa dahulu
Ada seorang pahlawan yang hebat
Sangat berani, cekap dan kuat,
Namanya Khaulah wanita hebat
Khaulah seorang wanita yang hebat
Beliau rajin menunaikan solat

“Wah!”
Kami juga nak jadi hebat
Mari kita tunaikan solat

Kalau nak jadi orang yang hebat
Orang berjaya dunia akhirat
Kemaskan diri, wuduk dan solat
Insyaa-Allah jadi orang hebat

Ramai tokoh islam yang hebat
Mereka semua solat
Kami nak jadi hebat
Mari tunaikan solat
Mari tunaikan… solat…

Seronoknya Berkunjung

Beri salam dan ketuk
Perlahan sahaja

Jangan intai ke dalam
Tunggu sahaja

Sebentar ya semua
Kami sedang siap
Mari marilah masuk
Semua silakan duduk
Terima kasih

Mari jaga adab bila melawat
Jaga barang mereka
Ianya bukanlah milik kita

Terima kasih banyak-banyak
Jemput makan lagi

Rendahkanlah suara
Tak perlu berebut
Hormati tuan rumah
Itu Sufi punya

Pinjamkanlah mainan
Tak perlu berebut
Utamakan tetamu
Mainlah sama-sama
Seronoknya

Mari jaga adab bila melawat
Jaga barang mereka
Ianya bukanlah milik kita

Terima kasih banyak-banyak
Jemput datang lagi
Terima kasih banyak-banyak
Kerana layan kami

Zikir Tidur

Sebelum tidur
Marilah baca
Selawat dan doa
Semoga Allah
Dan juga nabi
memberkati kita

Allahumma Solli
Ala Muhammad
Ya Allah berilah rahmat
Atas Nabi Muhammad

Baca bismikallahumma
Ahya wa amut
Dengan nama Allah saya
Hidup dan mati

Allahumma Solli
Ala Muhammad
Ya Allah berilah rahmat
Atas nabi muhammad

baca bismikallahumma
Ahya wa amut
Dengan nama Allah saya
Hidup dan mati

baca bismikallahumma
Ahya wa amut
Dengan nama Allah saya…
Hidup dan mati…

Jaga Kebersihan

Bersihkan
Bersihkan?
Bersihkan kotoran

Jagalah
Jagalah?
Jaga kebersihan

Bila tangan kita kotor
Mari bersihkan
Cuci guna sabun dan bilas

Lihat tangan
Hana sudah bersih

Bagusnya
Oh Hana
Pandai membersihkan

Mari jaga kebersihan
Mari cuci kotoran
Sihat tubuh badan

Bersihkan
Bersihkan?
Bersihkan kotoran

Jagalah?
Jaga kebersihan

Bila mainan dah kotor
Eh?
Mari bersihkan
Aaa~
Cuci guna sabun dan bilas

Wah! Seronoknya
Mainan dah bersih

Bagusnya
Oh Omar
Pandai membersihkan

Mari jaga kebersihan
Mari cuci kotoran
Jadi orang beriman

Bersihkan
Bersihkan
Bersihkan kotoran

Jagalah
Jagalah
Jaga kebersihan

Seronoknya kite mandi
Bersihkan diri
Cuci guna sabun dan bilas

Papa Mama
Kami sudah mandi

Bagusnya
Omar Hana
Kini sudah wangi

Mari jaga kebersihan
Mari cuci kotoran
Nanti Allah sayang

Tolong Menolong

Ustaz Musa okey tak? …Saya okey
Terima kasih banyak-banyak…Oh sama-sama!
Mari saya tolong pasang …Tayar ini
Pasang bersama sama…Wah! Dah siap!
[chorus]
Mari semua
tolong menolong
Gembira sama-sama
Alhamdulillah

Mari saya tolong awak…Anak burung
Chip chip chip… chip chip chip chip…
Wah pandainya!
Mari saya tolong awak…Anak burung
Chip chip chip… chip chip chip chip..
Alhamdulillah

[chorus]
Mari semua
tolong menolong
Gembira sama-sama
Alhamdulillah

Mari kami tolong angkat…Buah ini
Kutip sana , kutip sini…Wah banyaknya!
Mari ustaz tolong juga…Tarik…tolak
Bila bekerjasama…Oh ringannya!

[chorus]
Mari semua
tolong menolong
Gembira sama-sama
Alhamdulillah… Alhamdulillah~

Sayangi Anak Yatim

Saya rindu pada
Kedua ibu ayah
Yang sentiasa menjaga saya

Ibu yang penyayang
Ayah yang periang

Namun kini hanya doa
Yang mampu saya kirimkan

Oh Sufi bergembiralah
Jangan sedih
Kami sayangkan Sufi
Sayang Sufi

Kami ada disini
Untuk temankan Sufi

Sufi jangan sedih
Kami ada disini
Akan setia menemani

Sufi tidak seorang
Kami semua sayang
Ibu ayah Sufi pun sayang

Mari kita bersama-sama
Kirimkan doa pada mereka

Oh Sufi bergembiralah
Jangan sedih

Mak cik dan pak cik ada,
Kita keluarga

Kami ada disini
Untuk menjaga Sufi

Insya-Allah

Bila kita nak berjanji
Mari ucapkan Insya-Allah
Kerana kita tak pasti
Janji kita akan ditepati
Papa sedang berusaha
untuk baiki paip segera

Papa kena baiki
cepat-cepat baiki
Boleh main layang-layang nanti

Ucap Insya-Allah
Ucap Insya-Allah
Perlu berusaha menepati janji
Kita merancang Allah yang menentukan
Mari ucap insya-Allah

Omarkan sudah berjanji
Serta ucapkan Insya-Allah
Perlu usaha tepati
Janji yang telah diberi tadi
Mari Omar mari sini
Sudah jangan bermain lagi

Saya dah berhenti
Dan tidak main lagi
Maaf saya tak buat lagi

Ucap Insya-Allah
Ucap Insya-Allah
Perlu berusaha menepati janji
Kita merancang Allah yang menentukan
Mari ucap Insya-Allah
Mari ucap Insya-Allah
Mari ucap Insya-Allah

Berbaik Dengan Jiran

Mari buat baik kepada jiran
Jiran yang kiri dan juga kanan
Jiran yang belakang dan juga depan
Semua pun jiran

Assalamualaikum Ustaz Musa
Waalaikumussalam semua
Kami bawa buah dari Mama
Wah! Terima kasih

Mari semua!
“Eh”?
Mari pergi melawat Pakcik Yahya
“Pakcik Yahya?”
Kerana Pakcik Yahya tidak sihat
“Yeke?”
Mari Marilah Ustaz
Kita pergi sekarang
Nanti dulu Omar & Hana

“Kenapa?”
Ustaz nak bawa
Makanan untuk mereka

Kita berbaik dengan jiran
Berbaik dengan semua
Allah sayang kita

Mari buat baik kepada jiran
Jiran yang kiri dan juga kanan
Jiran belakang dan juga depan
Semua pun jiran

Assalamualaikum Makcik Huda
Waalaikumusalam semua
Kami ada buah untuk Pakcik Yahya
Dan Makcik Huda

Pakcik Yahya!
“Eh?”
Makanlah buah ini untuk sihat
“Terima Kasih”
Bila perut kenyang badan pun kuat
“Wah!”
Pakcik silakan minum
Pakcik silakan makan
Nanti dulu Omar Hana

“Kenapa?”
Potongkan dulu
Barulah mudah dimakan

Kita berbaik dengan jiran
Berbaik dengan semua
Allah sayang kita

Mari Berusaha

Mama papa lihatlah
Kami sudah usaha
Tapi tak mudah
“Ugh!”
Ianya susah
“Ouch!”
Kami tak boleh

Omar Hana sabarlah
Jangan berputus asa
Terus usaha
Kita berdoa
Pasti berjaya

Mari mama tolong
Bangunlah berdiri
Mari papa tolong
Meluncur ke depan

Jika kita terus sabar
Tidak mudah putus asa
Pasti Allah akan suka
Kita juga gembira

Mama papa lihatlah
Kami hampir berjaya
Sungguh gembira
“Wow”
Riang rasanya
“Ark!?”
Takkan putus asa

Alhamdulillah bagusnya
Omar hana gembira
Bila berusaha
Tak putus asa
Kita berjaya

Mari mama tolong
Bangunlah berdiri
Mari papa tolong
Meluncur ke depan

Jika kita terus sabar
Tidak mudah putus asa
Pasti Allah akan suka
Kita juga gembira

Mama papa lihatlah
Kami sudah berjaya
Sungguh gembira
“Wah~”
Riang rasanya
“Uuu~!”
Tidak putus asa

Alhamdulillah bagusnya
Omar hana gembira
Bila berusaha
Tak putus asa
Kita berjaya