Cari Sama-Sama

Mari sini mama tolong Hana
Kita cari sama-sama
Cari sini Hana cari sana
Bingo Hana dah jumpa
Gembiranya Hati Hana
Mama jumpa Bingo Hana
Oh bila kita sabar dan tenang
Insya-Allah akan jumpa

Mari sini Omar Hana tolong
Kita cari sama-sama
Cari sini Papa cari sana
Kunci papa dah jumpa
Gembiranya hati Papa
Omar Hana jumpa kunci papa
Oh bila kita sabar dan tenang
Insya-Allah akan jumpa

Masa Dengan Keluarga

Wahai Hana Mama minta maaf
Mari sayang mari peluk mama
Kita belajar bersama-sama
Insya-Allah semua gembira
Berbuat baik kepada keluarga
Amalan yang sangat mulia
Sunnah Nabi ikutan kita
Gembiranya Alhamdulillah

Omar Hana Papa minta maaf
Mari sayang mari peluk Papa
Kita main bersama-sama
Berbuat baik kepada keluarga
Amalan yang sangat mulia
Sunnah Nabi ikutan kita
Gembiranya Alhamdulillah
Gembiranya Alhamdulillah

Doa Naik Kenderaan

Subhanallazi Sakhorolana
Ha Zha Wa Ma Kunna
Lahu Mukriniin
Wainna Ila
Rabbina La Mungkolibuun
Maha Suci Ya Allah
Memudahkan kami
Kami tak mampu kuasainya
Dan pada-Mu kami kembali

Subhanallazi Sakhorolana
Ha Zha Wa Ma Kunna
Lahu Mukriniin
Wainna Ila
Rabbina La Mungkolibuun
Maha Suci Ya Allah
Memudahkan kami
Kami tak mampu kuasainya
Dan pada-Mu kami kembali
Terima Kasih
Ya Allah
Melindungi kami semua
Kami syukur Alhamdulillah
Rahmati kami Ya Allah
Rahmati kami Ya Allah

Kongsi

Tak apa wahai Indra mari kita berkongsi
Wahai Indra ambillah ini dari kami
Terima kasih semua
Sama-sama Indra
Mari kongsi bersama semua gembira

Wah
Saya suka berkongsi
K O N G S I
Saya suka berkongsi
Berkongsi apa saja

Mari berkongsi dengan semua
Tidak kira siapa
Saya suka berkongsi
Syukur Alhamdulillah

Tak apa wahai Hana
Yuk kita kongsi
Hei Hana pakailah ini milik saya

Terima Kasih Indra
Sama-sama Hana
Mari kongsi bersama semua gembira

Saya suka berkongsi
K O N G S I
Saya suka berkongsi
Berkongsi apa saja

Mari berkongsi dengan semua
Tidak kira siapa
Saya suka berkongsi
Syukur Alhamdulillah
Saya suka berkongsi
Syukur Alhamdulillah

Kutip Dan Buang

Oh Omar mari sini
Ambil dan buang dalam tong sampah
Bagusnya anak papa
Allah suka kebersihan
Jom kutip dan buang
Taman bersih kita gembira
Kebersihan sebahagian dari iman
Jom kita amalkan

Omar nak tolong juga
Kutip dan buang dalam beg ini
Jom kita bersihkannya
Allah suka kebersihan
Jom kutip dan buang
Taman bersih kita gembira
Kebersihan sebahagian dari iman
Allah sukakan kebersihan

Gembiranya
Jom kita amalkan
Jom kita amalkan

Haiwan Hebat

Kuda sangat hebat kakinya sangat kuat
Boleh lari laju wah Subhanallah
Arnab sangat comel telinganya panjang
Peka dalam mendengar wah Subhanallah

Hebatnya Allah mencipta semua
Alhamdulillah di atas nikmat-Nya

Alpaka berbulu lebat
Bulunya sangat lembut
Boleh buat pakaian wah Subhanallah

Kambing ada susu
Susunya berkhasiat
Boleh minum dan sedap wah Subhanallah

Hebatnya Allah mencipta semua
Alhamdulillah di atas nikmat-Nya
Alhamdulillah di atas nikmat-Nya

Terima Kasih

Terima kasih papa
Beri coklat yang sedap
Moga Allah balas jasa
Amin, alhamdulilah

Terima kasih mama
Buat air yang sedap
Moga Allah balas jasa
Amin, alhamdulilah

Ucap terima kasih
Oh terima kasih
Tanda kita syukur..Atas pemberian
Ucap terima kasih
Oh terima kasih
Moga Allah balas..segala jasa mu

Terima kasih ustaz
Kerana tolong kami
Moga Allah balas jasa
Amin, alhamdulilah

Terima kasih semua
Kerana tolong ustaz
Moga Allah balas jasa
Amin, alhamdulilah

Ucap terima kasih
Oh terima kasih
Tanda kita syukur..Atas pertolongan
Ucap terima kasih
Oh terima kasih

Moga Allah balas..segala jasa mu
Moga Allah balas..segala jasa mu

Misi Sedekah

Kumpul, kumpul
Kami kumpul
Untuk sedekah

Beri beri,
Kami beri
Ini sedekah

Mari beri bantuan
Tolong yang memerlukan
Mari sedekah
Ia satu ibadah

Tolong-tolong kami tolong
Ini sedekah
Terima kasih
Tolong Pak Cik
Pak Cik gembira

Tanda syukur pada yang Esa
Dengan nikmat yang ada
Mari sedekah Oh seronoknya

Senyum senyum kami senyum
Ini sedekah

Senyum senyum bila senyum
Orang gembira

Mari beri bantuan
Tolong yang memerlukan
Mari sedekah ia satu ibadah

Kami beri
Kami tolong
Ini sedekah
Seronok sedekah
Tanda syukur pada yang Esa
Dengan nikmat yang ada
Mari sedekah
Wah! Seronoknya

Jangan Membazir

Wahai Omar dan Hana
Mari habiskan makanan
Jangan jangan membazir
Bazir itu merugikan

Tengok tengok ni Papa
Kami berjaya habiskan
Hebatnya anak Papa
Pandai habiskan makanan

Jom semua!
Jangan bazir makanan
Bersyukurlah
Dengan rezeki Allah

Wahai Omar dan Hana
Tutupkan pili airnya
Jangan jangan membazir
Bazir itu merugikan

Tengok tengok ni Mama
Kami sudah tutup air
Hebatnya anak Mama
Pandai sungguh jimat air

Jom semua!
Jangan bazirkan air
Bersyukurlah
Dengan rezeki Allah

Mari! Habiskan makanan
Jimat guna air
Jangan membazir
Marilah sama-sama

Mari!
Habiskan makanan
Jimat guna air
Jangan membazir
Sama-sama

Jom Jujur

Minta maaf Mama saya yang buat
Tapi mama Hana tak sengaja
Tidak mengapa Hana, Mama maafkan
Terima kasih beritahu Mama

Bagusnya Hana
Bagusnya Omar
Jujur sama – sama,
Jujur dengan semua
Jujurlah sentiasa

Nabi Muhammad orang yang jujur
Ramai yang percaya
Bila jujur
Allah sayang kita

Minta maaf Omar saya yang buat
Tapi Omar Indra tak sengaja
Tidak mengapa Indra saya maafkan
Terima kasih beritahu saya

Bagusnya Indra
Bagusnya Nuru
Jujur sama – sama,
Jujur dengan semua
Jujurlah sentiasa

Nabi Muhammad orang yang jujur
Ramai yang percaya
Bila jujur
Allah sayang kita

“Alhamdulillah~”